أهلا وسهلا

أهلا وسهلا

Sunday, October 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri P.Pinang telah diadakan pada hari Isnin 26 September 2011 bertempat di Masjid Negeri P.Pinang. Seramai hampir 450 orang pelajar dan pegawai yang mewakili 5 daerah negeri P.Pinang telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Majlis ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Pengurusan Masjid Negeri P.Pinang yang menyediakan tempat dan sebahagian jamuan untuk para hadirin. Majlis perasmian penutupan telah selamat disempurnakan oleh Pemangku Ketua Penolong Pengarah SPI JPNPP Tuan Haji Abdul Razak Bin Osman yang mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN P.Pinang. Seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Masing-masing adalah murid Tahun Enam.

Friday, October 7, 2011

Solat Fardhu Itu Wajib

Tunaikanlah solat fardhu 5 kali sehari. Solat yang sempurna akan membentuk hati yang suci. Hati yang suci akan membentuk akhlak dan peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia akan membentuk masyarakat yang sejahtera.